Nadi Open Tuisyen Rakyat Sejarah Tingkatan 2

23 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2026, telah diadakan NADI Open Tuisyen Rakyat Sejarah Tingkatan 2 bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3:30 petang hingga 4:30 petang.

NADI Open Tuisyen Rakyat ini dijalankan secara atas talian dan terbuka kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga Tingkatan 6. Dalam sesi ini, pelajar akan belajar secara live atas talian bersama guru sejarah. Pelajar dibekalkan nota yang boleh diakses melalui portal NADI Tuisyen Rakyat. Selain itu, terdapat juga komunikasi 2 hala antara pelajar dan juga guru berkaitan topik sejarah. Di samping itu, terdapat juga sesi interaktif permainan atas talian yang menguji tahap kefahaman peserta terhadap topik sejarah. Setelah sesi pembelajaran tamat, peserta perlu menanda kehadiran dalam portal NADI Tuisyen Rakyat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali